MOTTO

MOTTO : KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Saturday, 17 November 2012

Kad Perubatan Etiqa

Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa anda inginkan.Namun begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk.

Medikal Kad Terbaru Etiqa Takaful "Ultra Medic Rider" direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada kesihatan. dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang perlindungan perubatan.

Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.

"Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga(3) tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini."

"Kadar kenaikan dalam bil-bil perubatan adalah melebihi inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja." Petikan The Star 14 Mac 2009.

Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier takaful hospital dan pembedahan yang menyediakan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat.


Kadar Kad Perubatan Etiqa


 

No comments:

Post a Comment