MOTTO

MOTTO : KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Saturday, 17 November 2012

Pelan Pendidikan untuk Anak-anak anda

Pelan Pendidikan adalah "Menjanjikan Masa Hadapan yang Lebih Cerah untuk Anauk-anak Anda."


Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagiaan anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak mencukupi.

Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. dalam masa 10 tahun, kos pengajian di peringkat Universiti selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM72,000.00 di Malaysia*, RM250,000.00 di Australia mahupun RM400,000.00 di UK.**

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan.

Oleh itu amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.


*Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009

No comments:

Post a Comment