Sebagai panduan sebelum memilih kad perubatan yang sesuai:-
1. Yang tawarkan 90% Syarikat bayar bil rawatan atau 100% Syarikat bayarkan?
Ada syarikat tawarkan Ko-Takaful (90% Syarikat bayar dan 10% lagi pelanggan bayarkan bil). Tetapi Etiqa Takaful Berhad menawarkan 100% bayaran dilunaskan oleh Syarikat, dimana pelanggan tidak perlu risau tentang bil rawatan.
2. Yang manakah yang PASTI? Meninggal dunia/Lumpuh atau Sakit?
Tujuan utama Takaful adalah memberi PERLINDUNGAN yang maksima kepada peserta. Antara Meninggal dunia/Lumpuh dan Sakit yang manakah keutamaan? Sudah tentu meninggal dunia/Lumpuh. Mengapa kita lebih mengutamakan melindungi sakit(tidak pasti) daripada kematian / hilang upaya?
Jika peserta mati awal / Muda? Adakah dia sempat menggunakan kad perubatan yang didalamnya bernilai beratus-ratus ribuan atau jutaan? Jika matinya seseorang itu, yang pentingnya berapakah nilai pampasan yang diterima oleh waris yang ditinggalkan.
Oleh yang demikian, Etiqa menawarkan Pelan Medikal Kad yang seimbang dengan mengambil kira Pampasan & Nilai Kos Rawatan. Etiqa menawarkan perlindungan pampasan yang TINGGI dan Nilai Kad Perubatan yang Ideal / mencukupi bagi peserta takaful.
3. Yang manakah yang PENTING? Had Tahunan Kad Perubatan atau Had Seumur Hidup Kad Perubatan?
Jika anda dimasukkan ke wad hospital, pihak hospital tidak akan bertanya tentang berapa Had Seumur Hidup Kad Perubatan Anda? Tetapi yang ditanya adalah "Berapakah Had Tahunan Kad Perubatan Anda?"
Berapa jutapun kad perubatan anda tetapi untuk satu(1) tahun akan dihadkan jumlah kos penggunaannya.
Sebagai contoh :-
Had Tahunan adalah RM50,000
Jika kos perubatan RM60,000 maka RM10,000 perlu ditanggung oleh peserta. RM10,000 itu tidak boleh diambil dari had seumur hidup walaupun had seumur hidup kad anda berjuta nilainya.
4. Adakah Kad Perubatan anda Auto renewal atau Stand Alone?
Kad Perubatan yang anda pilih itu Stand Alone (Kontrak setiap 1 tahun) atau Automatic Renewal? (Kad Perubatan dijamin sambung walaupun telah terkena pelbagai penyakit).
No comments:
Post a Comment