MOTTO

MOTTO : KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI

Sunday, 22 July 2012

Menguruskan Kemasukan ke Hospital dan Melawat

Pelanggan adalah sangat penting untuk kelangsungan agensi. Perkhidmatan selepas jualan/servis adalah perkara yang sangat diutamakan oleh agensi.

Baru-baru ini melawat pelanggan masuk wad di Hospital Pantai Klang. Beliau baru sahaja mengambil polisi berserta kad Perubatan.

Wad pada 18 Julai 2012



Memilih Produk


Analogi Pisau, Sabit dan Kapak

(Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza)

Adakah anda keliru?

 


Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.

Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.

Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:

    • Jangka pendek,
    • Jangka sederhana, dan
    • Jangka panjang.

Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.

Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.

Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.

Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.


Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.

Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, kita perlu gunakan analogi pisau, sabit dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.

“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, sabit atau kapak?”, tanya saya.

“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.

 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.

“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.

“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.

Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.

“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.

Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.

Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; Sabit.



Pisau untuk memotong sayur.

Sabit untuk menebas lalang.

Kapak untuk menebang pokok.

Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.

Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.

Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.

Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.

Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.



Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.


TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham


Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.

Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.



Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.

Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.

Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.

Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.

Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.

Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.

Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.


Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.

Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.

Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.

Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.

Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.

Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul.

P/S : Sumber artikel dari internet. Terima kasih.

Wednesday, 18 July 2012

Dapatkan token bila hidupkan Insurans Kereta.

Assalam dan Selamat Sejahtera,

Anda akan menikmati pemberian token jika bayaran Insurans kereta melebihi RM500.00

Tuesday, 17 July 2012

Perlindungan Polisi Kereta Komprehensif

Perlindungan Komprehensif ( 1st Party)

1. Liabiliti(tanggungan) kepada pihak ketiga akibat : -  
    a. Kecederaan
    b. Kematian
    c. Kerugian / Kerosakan harta benda.

2. Kerugian / Kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.

3. Kerugian / Kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan.


Pengecualian :-

1. Kematian atau Kecederaan diri anda sendiri.
2. Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda.
3. Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang kecuali sekiranya diisytiharkan.
4. Kerosakan / Kerugian akibat kejadian semulajadi seperti banjir dan tanah runtuh kecuali jika  
    membayar tambahan sumbangan untuk mendapatkan perlindungan tambahan.

Apa itu Ekses?

Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlu membayar jumlah ekses terus kepada bengkel.

Saturday, 7 July 2012

Underinsured atau Perlindungan Bawah Harga Pasaran

Jika berlaku kemalangan, anda akan dikenakan bayaran extra kerana kenderaan anda telah diinsuranskan bawah daripada harga pasaran.
Maka berhati-hati semasa membuat insurans kereta supaya tidak rendah daripada harga pasaran masakini.

Sebagai contoh:-

Harga Insured(Perlindungan)                           RM 15,000.00
Harga Pasaran Kereta Anda                             RM 23,000.00
Harga Baiki Kereta                                           RM  4,653.04

Formula = (Harga Insured / Harga Pasaran)   X   Harga Baiki Kereta

              = (15,000.00 / 23,000.00)   X   4,653.04
              = 3,034.60

Bermakna Etiqa akan bayar hanya RM 3,034.60 sahaja. Selebihnya anda kena bayar.


Bayaran yang perlu anda bayar kepada bengkel tersebut:-

=RM 4,653.04 - RM 3,034.60

=RM 1,618.45

No. Telefon Bantuan Tuntutan, Bengkel dan Auto Assist

Talian bantuan kerosakan dan kecemasan 24 jam (Auto assist):-

1800 80 6491


Talian bantuan tuntutan :-

1300 88 1007


Auto assist Bantuan Kerosakan untuk Ahli :

1. Bantuan Tundaan(Towing) dan Kecemasan Kerosakan di Tepi Jalan 24 jam.
2. Bantuan Penginapan Alternatif.
3. Bantuan Perjalanan Alternatif.
4. Perkhidmatan Penghantaran Bateri (Waktu Pejabat Sahaja).
5. Diskaun Sewa Kereta daripada Avis Rent-A-Car.
6. Diskaun Hotel & Resort.
7. Penghantaran Pesanan Kecemasan (SMS) Percuma.
8. Bantuan Ambulans atau kenderaan lain untuk ke hospital.


No. telefon bengkel-bengkel bertauliah di Selangor:-







Apa itu NCD (No Claim Discount)

NCD (No Claim Discount) atau NCB (Non Claim Bonus) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut.
Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar.

Berikut adalah kadar NCD untuk Kenderaan Persendirian sekiranya tiada berlaku tuntutan: –
Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)
Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.

Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:
Tahun pertama 0%
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Beberapa isu berkenaan dengan NCD:

1. Status NCD

Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th…seterusnya?
Jawapannya: NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%…begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%

2. Pindahan NCD

Pindahan syarikat insuran/takaful
Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain
Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).
Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Banyak wang yang anda dapat jimatkan!

Tuesday, 3 July 2012

Pelan Pendidikan Anak


Ciri-Ciri Pelan Pendidikan Anak Etiqa Takaful Berhad :

1. Pelan FREE jika pembayar (Ibu/Bapa) terkena Penyakit Kritikal 36 Penyakit.
2. Pelan FREE jika pembayar (Ibubapa) Meninggal dunia atau Lumpuh.
3. Anak-anak mendapat pembiayaan tahunan (Seperti Biasiswa)-Rider FIB(Family Income Benefit) jika pembayar Meninggal Dunia atau Lumpuh.
4. Anugerah Kecemerlangan diberi bagi anak-anak yang pintar.
5. Boleh ambil Medikal Kad tetapi tidak boleh dalam masa yang sama ambil Rider pengecualian Kematian/Lumpuh & Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
6. Rider Penyakit Kritikal untuk Anak.
7. Elaun Harian Hospital (Rider)
8. Pampasan yang Tinggi.
9. Pengeluaran setiap Tahun 80% dari Nilai Tunai Terkumpul. Pengeluaran bermula tahun ke-dua. Minimum RM50 sehingga berbaki RM50.00
10. Simpanan Matang.
11. Pampasan Diberi Secara sekaligus bagi nilai pampasan RM200,000 kebawah.

Contoh Quotation :-

Sumbangan RM200 sebulan untuk anak berumur 2 tahun dan Tempoh Sumbangan 20 Tahun.

Manfaat yang diberi adalah :-

1. Elaun Hospital RM100.
2. FIBR RM30,000
3. Pengecualian Sumbangan untuk Kematian & Hilang Upaya dan jika terkena Penyakit Kritikal.
4. Pampasan Perlindungan bermula RM 156,884
5. Anugerah Kecemerlangan jika keputusan A dalam UPSR, PMR, SPM & STPM
6. Simpanan Matang diakhir tahun polisi.

Servis Yang Ditawarkan

Kami adalah Agensi Bertauliah dari syarikat Etiqa Takaful Berhad Ahli Kumpulan Maybank. Adalah dengan segala hormatnya, memaklumkan bahawa kami menjalankan khidmat urusniaga bagi semua keperluan Takaful Keluarga dan Takaful Am Etiqa Takaful.

TAKAFUL KELUARGA


  1. Perlindungan Pendapatan ( Income Protection )
  2. Pendidikan Anak-Anak
  3. Kad Perubatan
  4. Pelaburan
  5. Persaraan.

TAKAFUL AM

  1. Contract Works (Contractor’s All Risks, Workmen Compensation & Performance Bond)
  2. Personal Accident (Individual, Group & Traveller’s)
  3. Building / Property (Fire & Consequential Risks)
  4. Plant / Machinery ( Fire, Electronic Equipment, Machinery Breakdown, Erection All Risks)
  5. Contents (Fire & Commercial All Risks)
  6. Stock (Fire & Burglary)
  7. Employees (Group Personal Accident, Group Term Life , Group Hospital and Surgical, Workmen Compensation & Foreign Workers Compensation)
  8. Liability (Public Liability, Employers Liability , Professional Indemnity(Professional Services), Third Party Liability & Performance Bond/Insurance Guarantee)
  9. Goods (Marine Cargo and Inland Transit)
  10. Motor Vehicle (Private Car & Commercial Vehicle. 1st Party Only)



    11. Money (Money in Premises & Money in Transit)
    12. Crime (Burglary & Fidelity Guarantee)
    13. Houseowner & Householder (Building & Household)

Kami bersedia memberi perkhidmatan yang terpantas dan yang terbaik bagi memenuhi segala keperluan takaful anda.

Kelayakan Agensi


Kami adalah Agensi Bertauliah dari syarikat Etiqa Takaful Berhad Ahli Kumpulan Maybank. Adalah dengan segala hormatnya, memaklumkan bahawa kami menjalankan khidmat urusniaga bagi semua keperluan Takaful Keluarga dan Takaful Am Etiqa Takaful.

Disertakan bersama dibawah sebagai rujukan.



Anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh Pn Ramlah.

1. Top Agent Rookie (Agen baru). Tahun Kewangan 2008 / 2009




2. Tempat ke-3 Agen yang Terbaik. (Termasuk agen baru & lama). Tahun Kewangan 2008 / 2009


3. Tempat ke-7 antara semua yang membuat sales termasuk leader-leader. Tahun 2008 / 2009





4.  Layak Contest KL Tower Tahun 2009



5. Agent tempat ke-7 untuk tahun kewangan 2009/2010



6. Anugerah Star Agent



7. Champion Agent for Central Region 2010


8. Tempat ke-9 untuk tahun kewangan 2009/2010


9. President Club (Kelab Elit) 2008 / 2009, 2009/2010 & 2010/2011

2008 / 2009


2009 /2010


2010 / 2011
10. Top 10 Agent for Central Region 2009


11. Menang RM30,000 di SMMW Campaign Watakmas




12.


5th Placing~Agent Category 2009 / 2010

Top 100 FYCC Category

FYCC 100,670 for 3rd Quarter July-March 2010


 
2nd Place for Top 200 FYCC Category 2009
Bobby Trap Campaign-2nd Runner-Up

FYCC RM168, for 2009/2010


13. Champion Category Newly Appointed Agency Manager 1st Half 2010/2011


14. Achieved 35% of Annual Business Target 2010 / 2011



12. Watikah Perlantikan Sebagai Agency Manager pada 16 hb Ogos 2010



13. Trofi dan Piala

Personal Sales 9th Place 2009 / 2010

5th Place 2009/2010

President Club

President Club

President Club 2010 / 2011

Personal Producer 6th Place 2010 / 2011


Mudharabah Products Final Rush 2012


Top Rookie(Agen bawah 18 bulan) 2008/2009

14. Masuk paper NSTP~Top Rookie