Perlindungan Komprehensif ( 1st Party)
1. Liabiliti(tanggungan) kepada pihak ketiga akibat :
-
a. Kecederaan
b. Kematian
c. Kerugian / Kerosakan harta benda.
2. Kerugian / Kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak
disengajakan atau kecurian.
3. Kerugian / Kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan.
Pengecualian :-
1. Kematian atau Kecederaan diri anda sendiri.
2. Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda.
3. Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang kecuali sekiranya
diisytiharkan.
4. Kerosakan / Kerugian akibat kejadian semulajadi seperti banjir dan tanah runtuh kecuali jika
membayar tambahan sumbangan untuk mendapatkan perlindungan tambahan.
Apa itu Ekses?
Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlu membayar jumlah ekses terus kepada bengkel.
No comments:
Post a Comment